Khamis, 8 November 2012

SELANGOR : POLIKLINIK & HOSPITAL BERSALIN BARAKAH



PAKEJ BERSALIN BARAKAH 



PAKEJ FATIMAH    RM1599
    • 2 hari 1 malam
    • 4 KATIL SEBILIK
    • BILIK BERHAWA DINGIN
PAKEJ KHADIJAH   RM1799
    • 2 hari 1 malam
    • 1 KATIL SEBILIK
    • BILIK BERHAWA DINGIN & PETI SEJUK
Pakej Termasuk:
  1. Dikendalikan oleh Pakar Perbidanan & Sakit Puan
  2. 2 hari 1 malam termasuk makan dan minum bagi ibu
  3. Nuseri, ujian kumpulan darah,G6PD & suntikan wajib (Vitamin K, BCG & HEP B1)
  4. Pemeriksaan CTG (2 kali 10 min/sesi)
  5. Kelengkapan peralatan dan keperluan ubat-ubatan asas bersalin
  6. Perawatan untuk ibu dan bayi
Maklumat Tambahan:
  1. Bersalin secara normal
  2. Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau kad kredit
  3. Pemeriksaan Antenatal sekurang-kurangnya 2 kali dengan Pakar Perbidanan & Sakit Puan
  4. Tiada bayaran tempahan dikenakan bagi setiap pakej
  5. Caj tambahan akan dikenakan jika terdapat penambahan kelengkapan peralatan, keperluan ubat-ubatan dan juga sebarang permintaan di luar pakej
  6. Caj tambahan jika proses kelahiran memerlukan prosedur seperti Vacuum atau Forcep jika perlu.
HARGA PAKEJ D & C     RM650
Semua harga pakej diatas adalah untuk mereka yang telah menjalani pemeriksaan
Antenatal dengan doktor kami sekurang-kurangnya dua kali sebelum bersalin. Bagi
mereka yang datang untuk bersalin sahaja akan dikenakan cas tambahan sebanyak
RM100.

Alamat :
NO.7,9 & 11, GROUND FLOOR, LORONG SANGGUL 1F,
BANDAR PUTERI, KLANG, 41200 SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL : 03 5162 5622        Faxs: 03 5162 6722

Rabu, 7 November 2012

KUALA LUMPUR : HOSPITAL PUSRAWI


Hospital PUSRAWI mempunyai kemudahan lengkap untuk rawatan bersalin biasa, komplikasi dan pembedahan.

Para pelanggan yang berhasrat untuk melahirkan cahaya mata di PUSRAWI perlu menjalani pemeriksaan Pakar Obstetrician & Gynaecologist (O&G) sekurang-kurangnya dua (2) kali. Bagi pelanggan yang pertama kali mendapatkan rawatan di sini dinasihatkan membawa kad antenatal sekiranya ada.

Jenis Bersalin:-

  1. Bersalin biasa (SVD)
  2. Bersalin melalui kaedah forsep atau vakum
  3. Bersalin melalui pembedahan
Kemudahan epidural disediakan bagi semua jenis bersalin.

Waris terdekat (suami, ibu atau ibu mertua) dibenarkan untuk menemani pesakit di bilik bersalin secara bergilir-gilir.

Mengazan dan Mengqamatkan bayi
Suami atau waris lelaki yang terdekat digalakkan untuk mengazankan atau mengqamatkan bayi yang baru lahir. Walau bagaimanapun, pihak PUSRAWI akan bertanggungjawab amalan tersebut sekiranya tiada waris terdekat yang berbuat demikian.

Sebagai satu amalan sunnah, air zam-zam dan buah tamar akan diberikan kepada bayi (untuk bayi yang beragama Islam dan diberi pilihan bagi yang bukan beragama Islam).

Cagaran

  1. Cagaran hendaklah dibayar satu bulan dari tarikh dijangka bersalin atau selewat-lewatnya semasa kemasukan ke wad.
  2. Bayaran boleh dibuat di kaunter bayaran Klinik Am atau Klinik Pakar Sakit Puan.
Tanda-tanda awal bersalin:-
Pesakit dinasihati segera ke hospital apabila terdapat tanda-tanda seperti berikut:-
  1. Keluar darah bercampur lendir atau cecair dari faraj
  2. Sakit yang kerap dan kuat
Barangan yang perlu dibawa semasa kemasukkan ke wad
  1. Kad rawatan antenatal
  2. Sepasang pakaian bayi untuk dipakai semasa discaj
Penyusuan Bayi
Para ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka. Oleh itu, PUSRAWI turut menyediakan perkhidmatan kaunseling penyusuan susu ibu agar para ibu mendapat pendedahan dan pembelajaran bagaimana menyusukan bayi dengan teknik yang betul.

Perkhidmatan Pendaftaran Sijil Kelahiran
Bermula 1 Oktober 1998, pendaftaran kelahiran yang dibuat di PUSRAWI telah diambil alih semula oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Para pelanggan akan diberikan borang Pendaftaran Kelahiran (JPN.LM 01) berserta panduan mendaftar untuk dilengkapi oleh waris. Pendaftaran perlu dibuat sendiri di :
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 
Aras G Kompleks Kementerian Dalam Negeri
Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Dutamas 1
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-62057600, 03-62011106 
Faks: 03-62011108
Dibuka Setiap Isnin - Jumaat: 7.30 pagi - 4.00 petang 
Tutup: Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Dokumen yang perlu dibawa bersama:-
  • Kad pengenalan ibu dan bapa
  • Kad pengenalan pemaklum
  • Sijil perkahwinan ibu bapa
  • Dokumen bukti kelahiran
Bagaimana hendak menghubungi unit ini?

Jika anda ingin mendapatkan bantuan bagi melawat unit ini sila hubungi Kaunter Informasi di talian 03-2687 5017.


JENIS BILIK   (RM/sehari)
Super Deluxe Suite        550
Deluxe Private         280
Bilik 1 Katil / Single Standard        200
Bilik 2 katil / Semi Private        140
Bilik 4 katil / 4 bedded          95
Unit Penjagaan Rapi (ICU)        250
Inkubator          60
Day Care     Tertakluk Kepada Harga Bilik


Nota:

Semua harga di atas tertakluk kepada pindaaan tanpa notis.


Alamat: 

HOSPITAL PUSRAWI SDN. BHD. Lot 149, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel +(603)2687-5000. Fax +(603)2687-5001. Email info@pusrawi.com.my
Website : http://www.pusrawi.com.my/