Para pelanggan yang berhasrat untuk melahirkan cahaya mata di PUSRAWI perlu menjalani pemeriksaan Pakar Obstetrician & Gynaecologist (O&G) sekurang-kurangnya dua (2) kali. Bagi pelanggan yang pertama kali mendapatkan rawatan di sini dinasihatkan membawa kad antenatal sekiranya ada.
Jenis Bersalin:-
- Bersalin biasa (SVD)
- Bersalin melalui kaedah forsep atau vakum
- Bersalin melalui pembedahan
Waris terdekat (suami, ibu atau ibu mertua) dibenarkan untuk menemani pesakit di bilik bersalin secara bergilir-gilir.
Mengazan dan Mengqamatkan bayi
Suami atau waris lelaki yang terdekat digalakkan untuk mengazankan atau mengqamatkan bayi yang baru lahir. Walau bagaimanapun, pihak PUSRAWI akan bertanggungjawab amalan tersebut sekiranya tiada waris terdekat yang berbuat demikian.
Sebagai satu amalan sunnah, air zam-zam dan buah tamar akan diberikan kepada bayi (untuk bayi yang beragama Islam dan diberi pilihan bagi yang bukan beragama Islam).
Cagaran
- Cagaran hendaklah dibayar satu bulan dari tarikh dijangka bersalin atau selewat-lewatnya semasa kemasukan ke wad.
- Bayaran boleh dibuat di kaunter bayaran Klinik Am atau Klinik Pakar Sakit Puan.
Pesakit dinasihati segera ke hospital apabila terdapat tanda-tanda seperti berikut:-
- Keluar darah bercampur lendir atau cecair dari faraj
- Sakit yang kerap dan kuat
- Kad rawatan antenatal
- Sepasang pakaian bayi untuk dipakai semasa discaj
Para ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka. Oleh itu, PUSRAWI turut menyediakan perkhidmatan kaunseling penyusuan susu ibu agar para ibu mendapat pendedahan dan pembelajaran bagaimana menyusukan bayi dengan teknik yang betul.
Perkhidmatan Pendaftaran Sijil Kelahiran
Bermula 1 Oktober 1998, pendaftaran kelahiran yang dibuat di PUSRAWI telah diambil alih semula oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Para pelanggan akan diberikan borang Pendaftaran Kelahiran (JPN.LM 01) berserta panduan mendaftar untuk dilengkapi oleh waris. Pendaftaran perlu dibuat sendiri di :
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Aras G Kompleks Kementerian Dalam Negeri
Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Dutamas 1
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-62057600, 03-62011106
Faks: 03-62011108
Dibuka Setiap Isnin - Jumaat: 7.30 pagi - 4.00 petang
Tutup: Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Dokumen yang perlu dibawa bersama:-
- Kad pengenalan ibu dan bapa
- Kad pengenalan pemaklum
- Sijil perkahwinan ibu bapa
- Dokumen bukti kelahiran
Jika anda ingin mendapatkan bantuan bagi melawat unit ini sila hubungi Kaunter Informasi di talian 03-2687 5017.
JENIS BILIK | (RM/sehari) |
Super Deluxe Suite | 550 |
Deluxe Private | 280 |
Bilik 1 Katil / Single Standard | 200 |
Bilik 2 katil / Semi Private | 140 |
Bilik 4 katil / 4 bedded | 95 |
Unit Penjagaan Rapi (ICU) | 250 |
Inkubator | 60 |
Day Care | Tertakluk Kepada Harga Bilik |
Nota:
Semua harga di atas tertakluk kepada pindaaan tanpa notis.
Alamat:
HOSPITAL PUSRAWI SDN. BHD. Lot 149, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel +(603)2687-5000. Fax +(603)2687-5001. Email info@pusrawi.com.my
Website : http://www.pusrawi.com.my/
Tel +(603)2687-5000. Fax +(603)2687-5001. Email info@pusrawi.com.my
Website : http://www.pusrawi.com.my/
I planned nk bsalin kt sni.. Tp tula, xde pakej dh kn skang
BalasPadamOh. takpe. nanti cuba ushar. ;)
PadamPERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!
BalasPadamWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833