Rabu, 18 Jun 2014

KELANTAN : PUSAT PERUBATAN AN-NISA, KOTA BHARU

HARGA PAKEJ BERSALIN


Jenis Wad & Bilik
  • Wad Sayang 1 (5 katil/wad) RM70.00 sehari
  • Wad Sayang 2 (4 katil/wad) RM80.00 sehari
  • Bilik Kasih (perseorangan) RM150.00 sehari
  • Bilik Cinta (perseorangan) RM200.00sehari
* Tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan
* Tidak termasuk makan dan minum


Terdapat klinik Pakar Sakit Puan yang menyediakan peralatan ultra-bunyi bagi wanita dan bakal ibu untuk menghadiri imbasan sepanjang 20 minggu.
  • BERSALIN NORMAL
  • BERSALIN “INDUCE”
  • BERSALIN “VACUUM”
  • BERSALIN “FORCEP”
  • MRP ( Lekat Uri )
  • BERSALIN EPIDURAL
  • BERSALIN PEMBEDAHAN – GA SPINAL
  • Elektif (dirancang)
Kaedah Pembayaran
  • Tunai
  • Kad Kredit
  • Surat Jaminan Syarikat
  • Surat Jaminan Insuran
  • Skim Tabungan Mesra
Waktu Melawat:

Dewasa (10.00 pg – 10.00 mlm)

Dewan Bedah & Bilik Bersalin

An-Nisa’ mempunyai satu Dewan Bedah yang dilengkapi dengan peralatan yang terkini dan canggih. Ia dibuka 24 jam untuk kes-kes kecemasan semasa bersalin. Pada masa ini seramai 8 orang doktor pakar yang mengendalikan kes-kes mengikut kepakaran masing-masing. Bertepatatan dengan hukum syara’, semua kes bersalin dikendalikan sepenuhnya oleh doktor pakar wanita dan kakitangan wanita sahaja.

An-Nisa’ juga turut menyediakan seorang ustazah untuk bersama anda di bilik bersalin bagi memberi kata-kata semangat dan peransang kepada anda. Semoga dengan kehendakNya, anda akan berasa lebih tenang dan tenteram di saat-saat ingin melahirkan.
Wad & Bilik

Selepas bersalin pesakit dikehendaki tinggal di wad/bilik sekurang-kurangnya 24 jam. An-Nisa’ menyediakan wad/bilik yang dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin (air-cond) dan tandas bagi kemudahan dan keselesaan anda. Bagi memenuhi kehendak pesakit, para pesakit diberi pilihan untuk memilih jenis bilik yang berlainan di mana setiap bilik mempunyai ruang yang selesa yang dilengkapi dengan kemudahan tambahan seperti sofa, televisyen dan peti ais.

Semasa pesakit di dalam wad/bilik, pesakit akan ditemani dan dilayani oleh kakitangan wanita dengan ramah mesra. Pesakit boleh menghubungi kakitangan kami dengan menekan butang kecemasan (nursing call) yang disediakan di setiap katil pesakit.

Doktor akan memastikan pesakit betul-betul sihat sebelum membenarkan mereka pulang. Pesakit akan diiringi oleh kakitangan kami sewaktu pulang.
Kemudahan Lain
  • Musalla
  • Tempat Meletak Kenderaan
  • Bilik Menunggu
  • Ambulan
  • Kantin
  • Keselamatan 24 jam
Perkhidmatan Klinik Pakar Sakit Puan
  • Perundingan oleh Pakar
  • Rawatan Antenatal
  • Rawatan Postnatal
  • Rawatan Infertiliti (Kemandulan)
  • Ujian Pap Smear (Kanser Pangkal Rahim)
  • Permanian Beradas
  • LSCS (Pembedahan Bersalin)
  • Laparotomy (Pembedahan Fibroid)
  • Cystectomy (Pembuangan Ketumbuhan)
  • BTL (Ikat Tiub Fallopian)
  • Hystrectomy (Pembuangan Rahim)
  • Perineal Repair
  • Excision
  • D & C (Keguguran)
  • Rawatan Perancang Kehamilan
  • Terapi Menopaus
  • Lain-lain kes berkaitan
(Sabtu – Khamis : 9.00 pagi hingga 5.00 petang)
(Malam : Temujanji)


Alamat : 
Pusat Perubatan An-Nisa',
Jalan Sultan Ibrahim,
15050 Kota Bharu, Kelantan.
Phone : +609-7414444
Fax : +609-7414443
Email : info@annisa.com.my
Website : http://www.annisa.com.my

3 ulasan:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ ship hàng nhật uy tín, giá rẻ cũng như chia sẻ kinh nghiệm cách order taobao về VN giá rẻ.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum .. Sy email tapi xde sebarang respond .. Sy ingin tahu untuk package bersalin dan check up monthly

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum saya nak tanya package bersalin..isteri saya dijangka bersalin pada dis ni..terima kasih..0182268169

    BalasPadam