RESEPI MILKBOOSTER

Air Nabeez 

Bahan-bahan :
*9 Biji Kurma
*1/2 batang lobak merah
*2 sudu horlick
*Air Panas

1) Rendam Kurma dengan air panas (lebih elok rendam semalaman)
2) Buang biji kurma dan selepas itu blend rendaman kurma bersama lobak merah. 
3) Campur horlick dan sedia diminum.

Overnight Oat Berry Yogurt

Bahan-Bahan :
* 3/4 cawan Greek yogurt (yang biasapun boleh)
1/3 cawan oat1 sudu kecil chia seeds2 sudu besar susu segar1 sudu besar madu1 cawan berries campuran beku (boleh juga ditambah buahan dalam tin)

1) Satukan yogurt, oat, chia, susu dan madu ke dalam mangkuk. Kacau sebati.
2) Masukkan separuh ke dalam jar.
3) Lapiskan dengan buahan dan berris campuran.
4) Masukkan campuran oat selebihnya.
5) Akhiri dengan buahan dan berris campuran.
6) Sejukkan semalaman.

Overnight Oat Pisang Badam Kurma

Bahan-Bahan :
1 biji pisang (dilenyek)
1/4 cawan almond butter (kalau takder ganti dengan peanut butter)
1 cawan almond milk (kalau takder ganti dengan susu segar)
1 sudu besar madu
1 cawan rolled oats
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
3 biji kurma (Buang Biji)
2 sudu besar badam (ditumbuk kasar)
2 sudu besar cip coklat
1 sudu besar chia seeds

1) Satukan kesemua bahan ke dalam balang. Kacau sebati. Tutup.
2) Masukkan separuh ke dalam jar.
3) Lapiskan dengan kurma
4) Masukkan campuran oat selebihnya.
5) Akhiri dengan kurma, hirisan pisang and badam untuk rasa crunchy.
6) Sejukkan semalaman.

Smoothie Flaxseed

Bahan-Bahan :
*2 Cawan Susu Segar
*2 Sudu Besar Flaxseed (Organik)
*1 Suder besar Brewers Yeast (Organik)
*1/2 Cawan Oat
*2 Sudu besar susu Pekat
*1 Biji pisang

1) Blender Semua bahan di atas
2) Tambah Ais sikit dan hidangkan

Air Rebusan Longan Kering dan Kurma Merah

Bahan-Bahan :
* Kurma Merah
* Longan Kering
* Gula
* Air

1) Basuh kurma merah/longan kering dan masukkan ke dalam periuk bersama air.
2) Masak sehingga kembang kemudian tapis airnya.
3) Tambah sedikit gula secukup rasa.

Air Rebusan Longan Kering + Kurma Merah + Goji + Kurma Hitam

Bahan-Bahan :
* Kurma Merah
* Kurma Hitam
* Goji
* Longan Kering
* Gula
* Air

1) Basuh kurma merah/longan kering/Goji/kurma hitam dan masukkan ke dalam periuk bersama air.
2) Masak sehingga kembang kemudian tapis airnya.
3) Tambah sedikit gula secukup rasa.

Lobak Putih Fries Chip

Bahan-Bahan :
* Lobak Putih
* Tepung
* Tepung Beras
* Garam
* Serbuk Kari

1) Buang kulit, potong nipis dan salutkan dengan tepung (tambah sedikit garam & serbuk kari sebagai perasa). 

2) Boleh tambah tepung beras bagi dapat kerangupannya.
3) Goreng sehingga garing dan dimakan bersama sos.

Barli

Bahan-Bahan :
* Barli
* Gula
* Air

1) Rebus barli bersama air.
2) Ambil airnya dan sedikit bijirin barli yang telah direbus, tambah sedikit gula untuk rasa yang lebih enak.

Susu Kambing 

Bahan-Bahan :
*1 Liter Susu Kambing (paket pun boleh)
*7 biji kurma bersaiz sederhana (Buang biji)
*7 biji roasted almond
*7 biji kismis
*Satu sudu kecil madu

1) Masukkan semua bahan ini kedalam blender dan kisar hingga kurma,almond dan kismis halus dan larut dalam susu.
2) Bila dah larut,tuangkan dalam jag dan sedia untuk diminum.
3) Kalau nak lagi sedap boleh tambah ais batu tp jangan banyak sangat takut cair nanti.
** Minuman ini boleh disimpan dalam peti ais dan tahan sehingga 2 hari.

Kerabu jantung pisang

1 biji jantung pisang - rebus dan dipotong nipis-nipis agak-agak tebal 1cm
4 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam
1 biji limau nipis
setengah cawan santan pekat - masak dulu supaya tak basi
1 ekor ikan kembung (yang kecik je tau) - rebus dulu dan ambik isinya
garam & gula secukup rasa

mula-mula tumbuk lumat bawang merah, lada hitam dan ikan. kalo sape-sape nak ade rase ikan chunky-chunky, ikan tu tumbuk ala kadar je. pastu masukkan santan, limau nipis, garam & gula, gaul rata. last sekali masukkan jantung pisang yang dah rebus tu dan gaul rata-rata. dah boleh hidang.

Jus Daun Pegaga


* Daun Pegaga
* Madu
* Air masak

1) Kisar daun pegaga bersama air.
2) Tapis, campurkan madu dan sedia diminum.
3) Boleh sejukkan dan simpan di peti ais.

Jus Peria + Pegaga

*50gm pegaga

*1/2 biji peria katak
*1/2 gelas air masak
*2 sudu madu

1) Blend pegaga dan peria katak hingga lumat dan tapiskan.
2) Campurkan dengan air panas supaya jus tadi menjadi suam.
3) Tuangkan 2 sudu madu menggunakan sudu plastik.
4) Kacau dan selawatkan 3x. Sebaiknya minum waktu perut kosong atau sebelum sarapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan